KEMAHIRAN BAHASA

Kata Ganda bermaksud proses mengulangi sesuatu perkataan samada secara seluruh atau bahagian- bahagian  tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.


Jenis kata ganda  
Contoh
Kata ganda  penuh
Meja-meja,
anak-anak,
obor-obor,
buku-buku,
bola-bola

Kata ganda separa
Sesiku,
lelaki,
dedaun,
lelabah ,
rerama

Kata ganda  berentak
Bengkang-bengkok, dentam-dentum,
desas-desus ,
compang-camping ,
dolak-dalik

KEMAHIRAN BAHASA

Kata penegas (partikel) ialah kata tugas yang digunakan untuk menegaskan atau memberi penekanan pada sesuatu.


Penegas bercantum
Fungsi
-kah
Menyatakan pertanyaan

-tah
Menyatakan pertanyaan pada diri sendiri

-lah
Menguatkan maksud perkataan.



Ayat contoh :

1. Siapakah lelaki yang datang tadi?

2. Apatah nasibku hari ini?

3. Janganlah kamu bermasam muka.

KEMAHIRAN BAHASA

Bahasa istana ialah bahasa yang digunakan untuk golongan raja di istana .


PERKATAAN
MAKSUD
beradu
tidur
berkenan
sudi
murka
marah
bersiram
mandi
iram-iram
payung
mangkat
meninggal dunia
kerabat
saudara-mara
gering
sakit
santap
makan
kaus
sepatu/kasut
bersemayam
duduk/tinggal
nobat/tabal
lantik


KEMAHIRAN BAHASA

KATA PEMERI
Kata pemeri berfungsi menjadi penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat.Kata pemeri juga berfungsi sebagai penegas predikat dalam ayat.
i. Ialah
  -  Hadir di hadapan frasa nama sahaja.
 - Ayat contoh :
    a) Budak perempuan itu ialah adik saya yang bongsu.


ii. Adalah
-         Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi sahaja.
-         Ayat contoh:
        a) Air tebu yang dibeli oleh ayah adalah untuk saya sahaja.
        b) Adik memberitahu bahawa keadaan ayah dan ibu adalah baik.

KEMAHIRAN BAHASA

Kata nafi
Kata nafi berfungsi untuk menidakkan sesuatu pernyataan.

i. Tidak
   -   Digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
   -   Ayat contoh :
      a) Aiman tidak dapat menjawab soalan itu dengan tepat.
      b) Baju baru kakak tidak cantik.
ii. Bukan
-         Digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi.
-         Ayat contoh :

a) Buku itu bukan buku saya.

b) Kehidupannya menjadi susah bukan kerana kemiskinan tetapi kerana   
     sikapnya yang malas bekerja.


KEMAHIRAN BAHASA

PENANDA WACANA
Penanda wacana ialah perkataan atau rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea antara satu sama lain.Hubungan ini terjadi dalam bentuk ayat baru atau perenggan baru.Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat.

Contoh penanda wacana

Semenjak itu                       Selepas itu                Namun begitu
Selanjutnya                          Oleh itu                     Kalau begitu
Oleh yang demikian          Jadi                             Oleh sebab itu
Di samping itu                     Tambahan pula       Sebelum itu
Alkisah                                   Hatta                          Syahadan
Arakian                                 Maka                         Sebelum


KEMAHIRAN BAHASA

Kata perintah
Kata yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindakan.

Kata Perintah
Fungsi
Jangan
Usah
Larangan
Sila
Jemput
Silaan

Minta
Tolong
Harap
Permintaan




Contoh ayat;
1. Jangan bermain di tepi jalan raya.
2. Usahlah ditangisi pemergiannya.
3. Sila duduk sebentar.
4. Jemputlah makan.
5. Minta saudara dan saudari ke belakang sedikit.
6.Tolong beratur di tepi kelas.
7. Harap kamu tidak lupa pesanan saya.