Tajuk : Hari Kanak-kanak
SELAYANG, Khamis - Sekolah Rendah Selayang Utama telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak bertempat di dewan sekolah.
Majlis ini bertujuan meraikan kanak-kanak sempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada setiap bulan Oktober.
Acara telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi. Acara bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid diikuti ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar.
Majlis diteruskan dengan menampilkan pelbagai persembahan oleh murid-murid daripada setiap aliran. Antara persembahan yang menarik ialah tarian,drama dan juga nyanyian berkumpulan.
Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah memenangi acara persembahan. Kemudian, diumumkan Tokoh Kanak-kanak 2010 peringkat sekolah iaitu Meor Mirza b. Meor Fakharruddin.
Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, murid-murid telah menikmati jamuan yang disediakan.
CONTOH KARANGAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Soalan : Pada cuti semester yang lalu,anda berpeluang
melawat ke tempat- tempat yang menarik di Kuala
Lumpur.Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk
menceritakan kisah percutian anda.
melawat ke tempat- tempat yang menarik di Kuala
Lumpur.Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk
menceritakan kisah percutian anda.
No.19,Jalan B (F),
Sungai Behrang,
35820 Slim River,
Perak Darul Ridzuan.
16 April 2011
Menemui sahabatku Fazlin,semoga sejahtera selalu.
Saudari,
Seperti yang dijanjikan, saya akan menceritakan pengalaman saya semasa bercuti di Kuala Lumpur.
Selama berada di sana,saya telah melawat ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang melawat ke Muzium Negara,Zoo Negara, Menara Kuala Lumpur dan beberapa tempat lagi.
Tempat yang paling menarik hati saya ialah Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Di sini terdapat juga Taman Haiwan dan Rumah Iklim.Semasa saya melawat Taman Haiwan, saya berkesempatan untuk menunggang kuda.
Pada masa yang sama, Pesta Malaysia sedang berlangsung.Saya turut menyaksikan perarakan kereta berhias dan persembahan pelbagai tarian tradisional.Ucara tersebut dijalankan dengan penuh meriah dan berwarna-warni.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan Fazlin. Semoga kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………
(NURAZIRA BINTI AMRAN)
CONTOH KARANGAN UCAPAN
CONTOH KARANGAN UCAPAN
Soalan: Kamu akan menganjurkan Majlis Perpisahan Tahun Enam. Kamu dipilih mewakili rakan-rakan kamuberucap di majlis tersebut. Sediakan ucapan kamu selengkapnya .
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,guru-guru penolong kanan,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Sebagaimana yang kita ketahui hari ini adalah hari terakhir kami menjadi murid SK. Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah kea lam persekolahan menengah pula.Selama enam tahun di sekolah ini,banyak kenangan suka dan duka yang tidak akan kami lupakan.
Yang pastinya,perkarayang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yang baik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalam memberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca,menulis dan mengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan.Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami balas.
Hadirin sekalian,
Kesempatan yang ada ini juga saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan.Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini,sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan.Segala teguran dan nasihat guru-guru pasti kami sematkan di dada.
Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami.Jika ada kelapangan pasti kami akan datang lagi menziarahi guru-guru di sini.
Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian,terima kasih.
BAHASA MELAYU PENULISAN (BAHAGIAN B)
RANGKA JAWAPAN KARANGAN
JENIS KARANGAN | PERENGGAN | ISI-ISI PENTING |
Catatan Laporan Cerita Berita Surat | P1 P2 P3 P4 P5 P6 | - Kedatangan tetamu - Majlis dimulakan - Aktiviti - Rehat / Persembahan - Penyampaian hadiah - Bersurai / perasaan |
Syarahan Fakta | P1 P2 – P5 P6 | - Kata alu-aluan (pertandingan / Bukan pertandingan) Salin soalan. - Idea (ilmu pengetahuan / Mengisi masa lapang / hiburan / mengeratkan hubungan / meningkatkan kemahiran) - Penutup ( Kesimpulannya ______________merupakan aktiviti yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita.Lantaran itu, marilah kita mengamalkan tabiat / aktiviti ____________________ untuk memperoleh manfaatnya. |
Ucapan perpisahan | P1 P2 P3 P4 P5 P6 | - Kata alu-aluan - Terima kasih atas majlis - Mohon maaf - Terima kasih atas bimbingan / sokongan / didikan - Harapan - Pantun |
Cerita tindakan | P1 P2 P3 P4 P5 P6 | - Ubahsuai soalan - Menyiasat (tanpa berlengah,kami terus menuju / Kami lihat / Kami segera - Minta bantuan (Kawan minta bantuan) - Beri bantuan (aku beri bantuan) - Bantuan sampai (bantuan kawan minta sampai) - Sampai di rumah aku menceritakan apa yang telah berlaku kepada ayah. Ayah berasa bangga dan mengucapkan syabas kerana aku telah menolong mangsa ____________________. |
KARANGAN FAKTA
Hari ini cikgu beri contoh karangan Fakta. Harap dapat membantu semua murid.
Soalan : Kelas tambahan banyak mendatangkan faedah kepada murid- murid.Nyatakan manfaat menghadiri kelas tambahan.
Kelas tambahan ialah kelas bimbingan tambahan untuk murid-murid menguasai satu-satu mata pelajaran. Kelas ini diadakan di luar persekolahan atau pada hujung minggu. Kelas tambahan diadakan untuk menambah pemahaman murid-murid terhadap sesuatu tajuk atau pelajaran yang diajarkan di sekolah.
Kelas tambahan sudah menjadi kelaziman masa kini. Ibu bapa yang berkemampuan akan menghantar anak-anak mereka ke kelas berbayar.Tujuannya adalah untuk memantapkan pemahaman anak-anak mereka. Biasanya kelas-kelas seumpama ini dihadiri oleh murid yang bakal menduduki peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM.
Melalui kelas tambahan, murid-murid dapat membaiki kelemahan mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Mata pelajaran yang sering diberi tumpuan ialah Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Di sekolah, murid-murid perlu belajar mengikut masa yang ditetapkan,justeru masanya agak terhad. Murid-murid terpaksa mempelajari pelbagai subjek dalam tempoh beberapa jam di sekolah. Apabila terlalu banyak tajuk yang perlu diingati, kualiti ilmu diminda merosot. Jadi,kelas tambahanlah medan untuk murid mengingati semula pelajaran yang diajarkan.
Kesimpulannya, kelas tambahan banyak faedahnya kepada murid-murid. Namun, terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka untuk memanfaatkannya atau tidak.
CONTOH KARANGAN CEREKA
Soalan:Ketika itu aku dan rakanku ,sedang melastik burung di tepi hutan.
Bagaimanapun lastik itu terkena sarang tebuan. Tiba-tiba ………..
Tiba-tiba sarang tebuan itu pecah. Maka keluarlah tebuan tersebut dari sarangnya lalu terbang menuju ke arah kami .
Aku dan rakanku lari untuk menyelamatkan diri. Aku berlari sekuat hati. Kakiku seolah-olah tidak jejak di bumi .
Tidak jauh di hadapan , aku ternampak sebatang sungai .Aku terus menuju ke sungai tersebut sambil meminta rakanku mengikutku. Kami terjun ke sungai itu bersama-sama.
Rupa-rupanya air sungai itu cetek. Kami tidak dapat menyelam dalam air.Oleh itu ,kami telah disengat oleh tebuan-tebuan itu.
Mujur kami diselamatkan oleh penduduk kampung yang lalu di situ. Mereka telah menghantar kami pulang ke rumah.Ayah telah membawaku ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Pengalaman itu menjadi pengajaran kepadaku. Semenjak hari itu, aku tidak lagi suka melastik burung.
CONTOH KARANGAN SYARAHAN
Soalan : Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan
antara sekolah. Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah
“Faktor-faktor berlakunya ponteng sekolah”.Tulis syarahan
itu dengan lengkap.
Selamat pagi Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar,panel hakim yang bijaksana,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan syarahan.Syarahan saya kali ini bertajuk “Faktor-faktor berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan murid”.
Hadirin sekalian,
Ponteng sekolah bermaksud ketidakhadiran murid ke sekolah untuk tujuan pembelajaran tanpa sebab dan alasan yang munasabah.Akibatnya, murid akan ketinggalan dalam pelajaran.Pencapaian akademik merosot dan prestasi sekolah seluruhnya turut terjejas.
Antara faktornya ialah kurangnya kawalan daripada ibu bapa. Rata-rata ibu bapa hari ini terlalu sibuk dengan pekerjaan hingga mengabaikan anak-anak.Hal ini memberi anak-anak peluang untuk bertindak sesuka hati.
Terdapat juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.Anak-anak dilimpahi kemewahan.Oleh itu,anak-anak beranggapan bahawa mereka sudah memiliki segalanya dan tidak perlu ke sekolah lagi.
Dalam kalangan murid miskin,ponteng sekolah boleh disebabkan sesetengah mereka terpaksa bekerja untuk menampung keperluan keluarga.Ada yang terpaksa menjaga adik-adik kerana ibu bapa keluar mencari rezeki.
Oleh yang demikian,perbuatan ponteng sekolah wajarlah ditangani segera demi mewujudkan generasi berilmu dan maju.
Setakat ini sahaja syarahan saya. Sekian, terima kasih.