KATA PEMERI
Kata pemeri berfungsi menjadi penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat.Kata pemeri juga berfungsi sebagai penegas predikat dalam ayat.
i. Ialah
- Hadir di hadapan frasa nama sahaja.
- Ayat contoh :
a) Budak perempuan itu ialah adik saya yang bongsu.
ii. Adalah
- Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi sahaja.
- Ayat contoh:
a) Air tebu yang dibeli oleh ayah adalah untuk saya sahaja.
b) Adik memberitahu bahawa keadaan ayah dan ibu adalah baik.